2 Cara Mengenali Tanda Autisme Pada Anak


Apakah Autisme?

Autisme adalah masalah neurologi atau masalah psikologi atau kita panggil juga masalah perkembangan otak seseorang. Masalah perkembangan otak ini menyebabkan seseorang itu ada masalah dalam berkomunikasi dan bersosial serta mengalami masalah dalam pelajaran. Autisme bersifat spektrum dimana setiap anak-anak autisme akan memberikan ciri-ciri yang berlainan dan perkembangan yang berbeza-beza.

Autisme pada kanak-kanak boleh dikenal pasti seawal usia 1 tahun 10 bulan dimana pada usia ini anak sepatutnya sudah mencapai beberapa peringkat perkembangan otak seperti bercakap dan bermain. Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak masing-masing bagi membolehkan anak-anak ini di bantu seawal mungkin supaya mereka mampu mengatasi masalah autisme pada diri mereka.

Apakah tanda autisme?

Tanda awal autisme kita boleh lihat dalam dua aspek; perkembangan komunikasi dan sosial.

Perkembangan komunikasi:

  1. Lambat bercakap. Kita sedia maklum bukan semua anak yang lambat bercakap ini adalah autisme namun ibu bapa perlu mengambil langkah awal jika anak langsung tidak dapat menyebut apa-apa perkataan setelah usia 1 tahun 10 bulan. Hal ini kerana ia adalah tanda awal kepada autisme.
  2. Cakap berulang-ulang. Anak autisme seringkali akan mengulangi perkataan mereka beberapa kali. Hal ini tidak normal. Sekiranya anak anda ada ciri-ciri ini, segera bawa berjumpa doktor.
  3. Tidak responsif. Kanak-kanak normal akan respon sekiranya kita memanggil nama mereka sama ada menjawab dengan perkataan ataupon perbuatan seperti memalingkan muka. Namun anak autisme tiada langsung tindak balas apabila kita memanggil mereka.

Perkembangan sosial:

  1. Sukar meniru perbuatan. Contohnya, jika kita ajar mereka untuk menepuk tangan, mereka sangat sukar untuk mengikuti perbuatan kita. Ini tidak normal kerana kanak-kanak normal biasanya akan meniru perbuatan kita seperti menepuk tangan, menari dan sebagainya.
  2. Kurang atau tiada ‘eye-contact’. Antara tanda paling ketara yang ada pada anak autisme adalah kurangnya ‘eye-contact’ daripada mereka Ketika mereka bercakap dengan kita. Mata mereka akan melilau ke tempat lain dan tidak fokus kepada kita.
  3. Kurang atau sukar untuk berinteraksi atau bermain dengan orang lain. Anak autisme lebih suka bermain sendirian dan tidak pandai untuk bermain dengan kanak-kanak yang lain. Mereka seolah-olah berada di dalam dunia mereka sendiri.
  4. Menunjukkan perbuatan berulang-ulang. Maksudnya disini adalah anak autisme cenderung untuk melompat berulang kali atau menepuk tangan berulang kali malah ada juga yang menghantukkan kepala mereka berulang kali. Jika anak anda ada perlakuan seperti ini, eloklah segera bawa mereka berjumpa doktor.
  5. Mengulang semula apa yang mereka dengar. Contohnya apabila kita tanya mereka, siapa nama kamu? Daripada menjawab nama mereka, mereka ulang semula soalan yang diajukan. Begitu juga jika mereka menonton kartun atau video, kita dengar macam mereka tengah bercerita tetapi sebenarnya mereka hanyalah mengulang semula dialog-dialog yang mereka dengar di dalam video tersebut.
  6. Terlalu sensitif atau tidak sensitif langsung terutama terhadap bunyi. Ada anak autisme yang sangat sensitif terhadap bunyi sehingga tidak boleh mendengar bunyi bising langsung namun ada juga anak autisme yang tidak sensitif langsung terhadap bunyi atau bahaya.


Itulah antara tanda-tanda awal untuk mengetahui sekiranya anak anda mengalami autisme atau tidak. Namun suka untuk saya ingatkan bahawa autisme adalah bersifat spektrum dimana setiap anak autisme menunjukkan ciri dan perkembangan yang berbeza. Oleh itu sekiranya anda merasakan anak anda ada ciri-ciri autisme segera bawa mereka berjumpa pakar untuk didiagnos. Lebih cepat anak anda mendapat rawatan, lebih cerah peluang untuk anak anda dibantu dan pulih.

Pusat Perkembangan

Fit In Child Development Centre memberi penilian perkembangan yang boleh membantu menentukan masalah anak anda. Untuk maklumat lanjut, atau jika mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari fitin.edu.my dan dapatkan maklumat hubungan kami dalam bahagian "contact us".

×
WhatsApp Book An Assessment!