early intervention programEarly Intervention Program (EIP) direka untuk mengenal pasti dan menangani sebarang kelewatan perkembangan pada kanak-kanak secepat mungkin. Kebanyakan Early Intervention Program (EIP) disesuaikan dengan keperluan individu kanak-kanak serta memberikan bimbingan kepada ibu bapa tentang cara terbaik untuk menyokong perkembangan anak-anak mereka.

Pengenalan Awal

Salah satu matlamat utama Early Intervention Program adalah untuk mengenal pasti potensi masalah perkembangan kanak-kanak secepat mungkin. Dengan mengenal pasti masalah perkembangan kanak-kanak ini dengan lebih awal dapat membantu kanak-kanak ini mengatasi masalah perkembangan mereka serta membolehkan mereka menerima rawatan yang sesuai dengan lebih awal. Ia juga dapat memastikan ibu bapa mengetahui sebarang isu yang mungkin timbul dan boleh mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan anak mereka mempunyai sumber dan sokongan yang mereka perlukan.

Penjagaan Individu

Setiap kanak-kanak adalah unik, dan pendekatan yang berbeza perlu diberikan untuk setiap kanak-kanak. Tiada istilah satu kaedah sesuai untuk semua kanak-kanak. Early Intervention Program menyediakan pelan penjagaan peribadi yang disesuaikan dengan keperluan setiap kanak-kanak. Ini memastikan bahawa setiap kanak-kanak menerima rawatan yang paling berkesan untuk setiap individu dan boleh memberikan impak positif kepada mereka untuk jangka masa panjang.

Sokongan & Pendidikan Ibu Bapa

Satu lagi kepentingan Early Intervention Program adalah program ini membantu ibu bapa memperoleh maklumat dan sumber yang mereka perlukan bagi membantu dan memahami anak-anak mereka.  Ibu bapa akan belajar cara mengenali tanda-tanda bagi masalah yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak mereka serta cara mewujudkan persekitaran kondusif di rumah di mana anak mereka boleh mencapai potensi sebenar mereka.

Mengurangkan Kos Rawatan

Apabila ibu bapa sudah mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan berkaitan masalah anak-anak mereka dan cara mengendali mereka melalui Early Intervention Program, maka kos rawatan untuk anak-anak mereka juga dapat dikurangkan. Ibu bapa hanya perlu memberi lebih focus kepada cara mengendali dan merangsang anak-anak mereka agar anak-anak mereka lebih mudah menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling.

Masa Depan Yang Cerah

Sangat penting bagi kanak-kanak yang ada masalah dengan perkembangan awal untuk mendapatkan rawatan khas sejak dari awal lagi. Hal ini kerana rawatan awal ini akan membantu mereka meningkatkan potensi dan kebolehan mereka di sekolah kelak. Program ini juga dapat membantu anak-anak serta ibu bapa lebih bersedia dari segi emosi untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana.

early intervention programEarly Intervention Program adalah penting untuk memberi peluang terbaik kepada kanak-kanak mencapai kebolehan sebenar mereka dengan mengenal pasti dan menangani sebarang masalah perkembangan kanak-kanak secepat mungkin. Sangat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah perkembangan dan berkeperluan khas untuk menyertai Early Intervention Program yang sangat banyak dianjurkan. Dengan pengetahuan serta pemahaman yang menyeluruh tentang program ini dapat membantu ibu bapa lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menangani serta membantu anak-anak mereka. Semoga Early Intervention Program dapat dijalankan secara berterusan dan dapat membantu lebih ramai kanak-kanak serta ibu bapa bagi memberi mereka kehidupan yang lebih sempurna dan normal seperti kanak-kanak yang lain.

ABA Therapy Sebagai Alternatif yang Lebih Efficient

Fit In Child Development Centre memberi therapy ABA yang boleh membantu perkembangan anak anda. Untuk maklumat lanjut, atau jika mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari fitin.edu.my dan dapatkan maklumat hubungan kami dalam bahagian “contact us“.

Scroll to Top
WhatsApp Book An Assessment!