Terapi Pertuturan

Terapi Speech Delay

Terapi pertuturan merupakan sejenis terapi yang fokus kepada pemulihan dan pembangunan kemahiran perututran, bahasa dan cara berkomunikasi dengan orang lain. Terapi pertuturan dapat membantu merawat gangguan pertuturan dengan memperbaiki kemahiran komunikasi dan bahasa kanak-kanak, ia dapat menambah baik kualiti kehidupan mereka. Melalui terapi pertuturan, kanak-kanak dapat memahami orang lain dan meluahkan fikiran mereka, serta menambah baik ingatan mereka dan kemahiran penyelesaian masalah mereka.

Akitivit yang dijalankan akan berdasarkan gangguan, umur kanak-kanak dan keperluan individu, biasanya ia akan:

  • Berkomunikasi melalui bersembang dan bermain, serta menggunakan bahan seperti buku, gambar, dan objek lain sebagai sebahagian daripada intervensi bahasa untuk merangsang perkembangan bahasa.
  • Memodelkan bunyi dan suku kata yang betul kepada kanak-kanak semasa permainan yang sesuai dengan umur untuk mengajar kanak-kanak cara mengeluarkan bunyi tertentu.

Di FIT IN, terapi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi:

  1. Terapi kami dapat membantu kanak-kanak untuk mengembangkan dan memperbaiki bahasa dan kemahiran pertuturan mereka. Ini termasuk pembelajaran perkataan baru, ayat-ayat, dan penggunaan yang tepat dalam pelbagai situasi.
  2. Untuk kanak-kanak autisme, terapi ini akan membantu mereka memahami peraturan sosial, mengenali expresi wajah orang lain, serta cara berinteraksi dengan orang lain.

Terapi pertuturan kami akan melibatkan aktivit dan latihan yang direka khas untuk membantu kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa dengan lebih berkesan. Terapis kami juga akan bekerjasama dengan kanak-kanak dan keluarga untuk menyusun strategi pembelajaran yang sesuai untuk keperluan anak mereka. Ibu bapa juga akan diberi latihan dan bimbingan untuk membantu perkembangan pertuturan dan bahasa untuk anak mereka di rumah.

 

 

Terapi Pertuturan

Soalan Lazim (FAQ)

  • Bagaimana saya tahu jika anak saya memerlukan terapi pertuturan?
    • Tanda-tanda termasuk kesukaran mengucap perkataan, kosa kata terhad, kesukaran memahami atau mengikuti arahan, tergagap-gagap, atau perkembangan pertuturan yang lewat berbanding rakan sebaya.
  • Berapa lama dan kerap anak saya perlu mengikuti program terapi pertuturan?
    • Tempoh terapi bergantung kepada keperluan dan kemajuan anak. Sesetengah kanak-kanak mungkin lihat peningkatan dalam beberapa bulan, manakala yang lain mungkin memerlukan terapi yang lebih panjang.
  • Adakah terapi pertuturan sesuai untuk kanak-kanak dengan keperluan khas lain selain autisme?
    • Ya, terapi pertuturan sesuai untuk pelbagai keperluan khas seperti gangguan pembelajaran, sindrom Down, atau masalah pertuturan lain.
  • Adakah terapi pertuturan hanya membantu dalam pertuturan sahaja?
    • Tidak, terapi pertuturan meliputi pelbagai aspek, termasuk meningkatkan kemahiran komunikasi sosial, memahami isyarat bukan lisan, dan meningkatkan pemahaman bahasa secara keseluruhan.
  • Seberapa penting keterlibatan ibu bapa dalam proses terapi pertuturan?
    • Penglibatan ibu bapa sangat penting. Terapis akan memberikan panduan untuk aktiviti atau latihan di rumah bagi menguatkuasakan kemahiran yang dipelajari semasa sesi terapi.
  • Adakah anak saya akan dapat mengejar kemahiran pertuturan dan bahasa rakan sebaya
    • Dengan terapi yang konsisten dan sokongan, ramai kanak-kanak membuat peningkatan yang ketara dan boleh mengejar kemahiran pertuturan dan bahasa atau mengurangkan kesukaran dalam bidang ini.
  • Bagaimana saya boleh mendaftarkan anak saya ke dalam program ini?
    • Sila hubungi kami untuk mendapatkan penilaian dengan terapis kami yang berpengalaman.
Terapi Pertuturan Bukit Jelutong
×
WhatsApp Book An Assessment!