Apa Anda Perlu Buat Sekiranya Anak Anda Mengalami Kelewatan Bercakap Atau “Speech Delay”?

Kelewatan Bercakap atau “Speech delay” adalah situasi di mana anak anda mengalami kelewatan untuk bercakap atau menghasilkan bunyi. Kanak-kanak normal mempunyai garis masa untuk menghasilkan sesuatu bunyi. Jika anak anda mengalami kelewatan daripada mengikuti garis masa tersebut, anak anda boleh dikategorikan dalam golongan speech delay.

Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan sekiranya anak anda masih belum boleh melakukan perkara berikut:

  1. Melambai atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek.
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu ada risiko menghidapi kelewatan bercakap sekiranya mereka belum menunjukkan perkara berikut:

  1. Tidak mengucapkan mama dan dada.
  2. Tidak respon jika diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan ‘Bye’.
  3. Tidak mempunyai 15 perkataan menjelang 18 bulan.
  4. Tidak mampu untuk mengenal bahagian badan sendiri
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan.

Pada usia 2 hingga 4 tahun, anda perlu perhatikan:

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan.
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di hujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri.
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan.

Apakah punca untuk masalah kelewatan bercakap?

Kelewatan bercakap boleh disebabkan oleh masalah perkembangan mulut seperti:

  1. Sumbing bibir
  2. Lelangit rekah
  3. Kecacatan frenulum atau bibir

Memandangkan pendengaran juga mempengaruhi untuk anak-anak mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap.

Apa Yang Ibubapa Perlu Lakukan?

Pertama sekali, sebagai ibubapa perlu untuk luangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Antara aktivit penting yang ibubapa perlu lakukan bersama anak-anak adalah membaca buku cerita, selalu bercerita dengan anak-anak dan perlu kerap mengajak anak berbual seawal usia yang mungkin. Walaupun kita rasa anak-anak tidak faham apa yang kita katakan, namun sesi berbual bersama anak-anak mampu menambah kosa kata anak-anak dan membantu latihan pendengaran anak.

Mengikut Dr Syahiedzat, stimulasi televisyen juga dapat membantu anak-anak yang mengalami kelewatan bercakap. Namun perlu kawalan ibubapa bagi mengelakkan anak-anak ketagihan gajet.

Semasa berbual dan mendedahkan anak-anak dengan sesuatu kosa kata, ibubapa perlu sebut perkataan tersebut berulang-ulang kali supaya anak faham dan mendengar dengan jelas. Tolong elakkan daripada menggunakan ‘baby language’ ketika berinteraksi dengan anak-anak.

Selain itu, ibubapa juga sangat digalakkan untuk kerap bertanya soalan kepada anak-anak semasa sesi berbual dengan anak supaya dapat merangsang anak-anak untuk bercakap. Beri peluang dan bantu anak-anak untuk menjawab soalan-soalan anda.

Ramai ibubapa kini mempraktiskan penggunaan dwi bahasa samada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Penggunaan dwi bahasa juga boleh menyebabkan anak anda lewat bercakap. Jika anda dapati anak anda mengalami kesukaran untuk memahami dwi Bahasa, anda boleh fokus kepada satu bahasa sahaja dahulu.

Jika anak anda mempunyai simptom-simptom ‘speech delay’, seeloknya anda bawa anak anda berjumpa pakar dan di diagnos oleh pakar. Pakar akan membantu anda dan anak anda untuk mengatasi masalah kelewatan bercakap ini.

 

FIT IN CDC adalah satu pakar terapi perkembangan yang menolong kanak-kanak Autisme dan juga memberi terapi pertuturan kepada kanak-kanak. Mereka menggunakan Terapi ABA untuk menolong kanak-kanak.

Scroll to Top
WhatsApp Book An Assessment!