Intervensi Awal Kanak-Kanak Masalah Pendengaran

autism therapy

Intervensi awal kanak-kanak masalah pendengaran merujuk kepada perkhidmatan, sokongan, dan terapi yang disediakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Ia perlu dijalankan di bawah umur 6 bulan atau secepat mungkin bila anda suspek anak anda mempunyai masalah pendengaran. Pemulaan intervensi awal ini dapat menolong anak anda mencapai potensi terbaik mereka dengan mengajar anak anda kemahiran bahasa dan komunikasi, serta mengurangkan risiko kelewatan perkembangan dalam pertuturan, bahasa dan kemahiran sosial.

Terdapat tiga jenis masalah pendengaran, iaitu konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif disebabkan oleh jangkitan yang berlaku di bahagian telinga luar dan tengah. Untuk masalah pendengaran sensorineural, ia pula melibatkan masalah pada saraf auditori pendengaran manusia, dan masalah pendengaran campuran ialah kombinasi masalah konduktif dan sensorineural.

Intervensi Awal Kanak-Kanak Masalah Pendengaran

Gejala masalah pendengaran:

Dalam bayi

  • Tidak terkejut pada bunyi kuat
  • Tidak pusing ke arah bunyi pada umur 6 bulan
  • Tidak berkata perkataan seperti "mama" atau "dada" pada umur 1 tahun.
  • Pusing ke arah ibu/bapa apabila nampak, tapi tidak perasan apabila nama dipanggil.
  • Kadang-kadang dengar sejenis suara atau bunyi sahaja.

Dalam budak

  • Kelewatan pertuturan
  • Pertuturan tidak jelas
  • Tidak memahami atau mengikuti arahan, selalu berkata "huh"
  • Menaikkan suara televisyen terlalu tinggi

Terdapat pelbagai jenis cara untuk menolong budak bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dan cara komunikasi dengan orang lain, seperti pembacaan bibir, bahasa isyarat. Terapis kami akan mencari kaedah yang terbaik dan formulasi pelan pembelajaran untuk anak anda, serta memberi pertolongan kepada ibu bapa untuk cara berkomunikasi dengan anak mereka. Sila hubungi kami untuk mendaftar anak anda dalam program intervensi awal kanak-kanak masalah pendengaran daripada terapis kami yang berpengalaman.

 

Soalan Lazim

  • Apa yang boleh saya lakukan jika saya syak anak saya mempunyai masalah pendengaran.
    • Segera dapatkan penilaian pendengaran oleh pakar audiologi untuk menentukan tahap pendengaran anak anda, serta melibatkan anak anda dalam program intervensi awal masalah pendengaran secepat mungkin.
  • Adakah semua kanak-kanak dengan masalah pendengaran memerlukan alat bantu dengar?
    • Tidak semua, tetapi beberapa kanak-kanak mungkin mendapat manfaat daripada penggunaan alat bantu dengar seperti hearing aid atau implan koklea.
  • Bagaimana saya boleh membantu anak saya belajar berkomunikasi dengan lebih baik?
    • Sertai program terapi pertuturan, libatkan diri dalam pembelajaran bahasa isyarat atau teknik komunikasi lain, dan berikan sokongan emosi.
  • Adakah anak saya boleh belajar di sekolah biasa?
    • Ya, dengan sokongan yang mencukupi seperti terjemahan isyarat, alat bantu dengar, atau program pembelajaran khas, kebanyakan kanak-kanak dapat belajar di sekolah biasa.
  • Apakah jenis terapi yang sesuai untuk anak saya?
    • Ia bergantung kepada keperluan individu, tetapi terapi pendengaran, terapi pertuturan, dan program pendidikan khas mungkin sesuai.
  • Bagaimana saya boleh terlibat dalam pembangunan pendengaran anak saya?
    • Sertai sesi terapi, terlibat dalam program pendidikan, dan bangunkan persekitaran yang menyokong pembelajaran dan komunikasi anak anda.
  •  Adakah terdapat kumpulan sokongan untuk ibu bapa kanak-kanak dengan masalah pendengaran?
    • Ya, terdapat kumpulan sokongan tempatan dan dalam talian di mana ibu bapa boleh berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat.
  • Berapa kerap pendengaran anak saya perlu disemak?
    • Semakan berkala oleh pakar audiologi diperlukan untuk memantau kemajuan dan membuat penyesuaian kepada peranti bantu pendengaran jika perlu.
  • Adakah alat bantu dengar boleh merosakkan pendengaran anak saya?
    • Tidak, dengan penggunaan yang betul dan penyelenggaraan yang baik, alat bantu dengar tidak sepatutnya merosakkan pendengaran.

Hubungi Kami

Cyberjaya

FR-02-08 & FR-03-08, Tamarind Suites,
Persiaran Multimedia, Cyber 10,
63000 Cyberjaya, Selangor

+6 018-388 3590
Senior Centre Manager - Mr Shafiq

+60 11-1153 6388
Therapist - Mr Hong

Bukit Jelutong

No 7-1, Jalan Ungu B U9/B,
Sunway Kayangan, Section, U9,
40150 Shah Alam, Selangor

+60 18-664 6074
Centre Manager - Ms Yee

+60 11-1152 6074
Assistant Manager - Ms Anis

Bandar Menjalara, KL

59-1 Jalan Medan Putra 1,
Medan Putra Business Centre,
52200 Kepong, Kuala Lumpur

+60 11-1153 6388
Senior Centre Manager - Mr Chu

+60 11-1152 6074
Assistant Manager - Ms Anis

Eco Majestic, Semenyih

12A-2, Jalan Eco Majestic 10/1D,
Eco Majestic, 43500 Semenyih,
Selangor

+60 11-1138 8359
Centre Manager - Mr Zan

+60 11-1168 6074
Senior Therapist - Ms Adda

Eco Santuari, Telok Panglima Garang

2A-1, Jalan Eco Sanctuary 8/1A,
Eco Santuari, 42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor

+60 11-1168 6074
Senior Therapist - Ms Adda

+60 11-1153 6388
Therapist - Mr Hong

×
WhatsApp Book An Assessment!